Taman Medan Idaman mendapat naiktaraf semasa PKP

Satu lagi tasik di Parlimen Wangsa Maju patut dilawati. Taman Tasik Medan Idaman mendapat ‘makeover’ pembaharuan dalam tempoh PKP tahun lepas.

Kawasan padang yang luas, menjadi tapak sesuai untuk mereka bersukan bola. Ia juga mempunyai sebuah perpustakaan awam di pintu masuk tasik.

Kawasan hijau sebegini tidak banyak tinggal di Kuala Lumpur. Saya berharap supaya DBKL boleh memelihara tasik ini selama yang boleh. Penduduk tempatan pastinya tidak inginkan pembangunan perumahan tinggi di sini.