Tampalan di Laluan sebelah Bangunan Forlong

Sebahagian jalan di hadapan Bangunan Forlong telah ditampal oleh DBKL minggu lepas. Sejak April 1, laluan dalam taman perumahan di kawasan Setapak semakin sesak. Sebelum ini, jalan rosak tidak mendapat perhatian semasa tempoh pandemik.

Jalan 1/50C merupakan laluan pintasan untuk penduduk di Taman P.Ramlee untuk ke Jalan Gombak melalui Diamond Square. Laluan kecil, tetapi kini menjadi laluan utama.