Tampalan jalan berlubang di Kampung Padang Balang

Saya menyampaikan aduan dari PEWARGA kepada pihak DBKL. Walaupun saya tidak lagi dalam ‘active duty’, sekali sekala saya akan layan aduan daripada kenalan saya.

Walaupun aduan yang kecil, namun implikasi terhadap penduduk kampung amat besar. Tebing jalan berlubang di Kampung Padang Balang amat merbahaya kepada pengguna jalan pada waktu hujan.

Hujan berterusan menyebabkan jalan terhakis dan tidak ramai yang perasan ada lubang yang sangat dalam.

DBKL telah datang membuat tampalan jalan. Semoga yang terbaik untuk Wangsa Maju.