Tanah hijau DBKL dimanfaatkan sebaiknya

Saya menghadiri 2 program DBKL pada pagi yang sama. Satu pembangunan padang bola di Jalan Budiman dan satu lagi taman rekreasi di Jalan Ikhlas. Kedua-dua melibatkan transformasi kawasan lapang hijau kepada kegunaan memanfaatkan penduduk.

Saya telah banyak kali melihat kawasan hijau disalahgunakan untuk membuat gerai, struktur haram, ‘billboard’ – kesemua ini merugikan penduduk dan DBKL sendiri.

Menurut Datuk Bandar, Datuk Kamarulzaman Mat Salleh dalam ucapannya, telah 5 projek seumpama ini telah disempurnakan pada tahun 2023.

Saya percaya Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Datuk Seri Dr Wan Azizah dan Datuk Azman Abidin amat gembira melihat perkembangan ini. Semoga kempen lestari hijau insiatif DBKL dapat berterusan.