Tanah lapang kerajaan diceroboh di Desa Setapak

Pada akhir 2019, terdapat cadangan kepada DBKL untuk menjadikan 2 lot kawasan tanah lapang di Desa Setapak sebagai tapak letak kereta. Ia juga dikemukakan kepada sessi ‘townhall’ DBKL pada masa itu.

Datin Paduka Dr Tan Yee Kew, Ahli Parlimen Wangsa Maju melawat kawasan tapak untuk memeteraikan projek ini, memandangkan kenderaan semakin bertambah di kawasan komersil.

Tanah lapang telah dibiarkan sekian lama, telah menjadi tapak perniagaan. Penilaian kami dari dulu berpendapat harus ada kawasan letak kereta. Walaupun tidak besar, ia sekadar cukup untuk sekurang-kurangnya 15 buah kenderaan.
Saya berharap ia dapat direalisasikan.