Tanah mendap di hadapan SMK Setapak Indah

2 minggu lepas, saya mendapat panggilan daripada ibubapa SMK Setapak Indah berkenaan sebuah lubang mendap yang sangat besar di hadapan pintu sekolah.

Saya telah menyusul isu ini kepada pihak JKAWS dan sehari selepas itu, pegawai dari depoh telah datang untuk menilai isu ini. Dengan serta merta, lubang ini telah ditutup.

Sememangnya pihak DBKL berniat untuk memperbaiki kerosakan, tetapi terhalang kerana adanya struktur paip utiliti yang harus dialihkan sebelum kerja bermula.

Semalam, saya telah dihubungi sekali lagi oleh netizen berkenaan dengan perkembangan ini. Sebenarnya, saya telah pun berhubung dengan En Azmi dan Suzairie dari pihak PIBG dari awal lagi berkenaan dengan pengaturan kerja. Saya juga percaya mereka secara dalaman telah pun berhubung dengan pihak ibubapa selama ini.

Pihak utiliti sudah berhubung dengan DBKL dan mengaturkan lawatan teknikal minggu hadapan. Kerja pembaikpulihan akan dirancang pada masa yang sama juga.

Saya akan bagi maklumbalas dalam lawatan tapak.