Tangkap pencetus Dubai Move!

Semalam, melalui wakil Sdr Shaun dan Asheeq, KEADILAN Wangsa Maju dan Wilayah Persekutuan telah membuat satu laporan polis terhadap mereka yang menimbulkan fitnah terhadap kestabilan kerajaan Malaysia Madani. Pelbagai spekulasi yang dilontar, termasuk ura-ura ‘Dubai Move’ untuk menjatuhkan Perdana Menteri Malaysia.

Saya berharap pihak polis dapat menjalankan siasatan dan mengambil tindakan serta merta. Menggugat kestablinan negqra umpama penghianatan terhadap institusi pentadburan negara, wajar ditangkap serta merta dengan undang-undang oppressif seperti SOSMA.

Penghianat negara harus dihukum!