Tapak IWK yang terbiar di Jalan Kolam Air

Saya bertemu dengan Sdr Azhari, Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Melawati (MRA) di Jalan Kolam Air. Ada sebuah projek pembangunan bangunan dan tapak penaiktarafan sistem pembentungan di sebelah Desa View Tower atas sempadan Parlimen Wangsa Maju/Parlimen Gombak.

Air mengalir ke dalam kawasan rumah teres di Taman Melawati (Selangor) dari cerun bukit yang terletak di dalam wilayah Kuala Lumpur. Dalam masa yang sama, jalan tersebut terpaksa ditutup untuk kegunaan penduduk.

Selama ini, disebabkan masalah berlaku di atas sempadan, tidak ada apa-apa tindakan serius diambil dan masalah berlarutan bertahun lamanya.
Selepas memahami isu daripada Azahari dari MRA, saya telah selaraskan satu lawatan tapak bersama pada minggu hadapan. Datin Paduka Dr Tan Yee Kew, MP Wangsa Maju akan bertemu dengan semua agensi/kontraktor terlibat, termasuk DBKL dan YB Saari Sungib, ADUN Hulu Kelang.