Tayangan Perdana OPPA

Memenuhi jemputan untuk tayangan eksklusif perdana filem OPPA di GSC Starling Mall. Ini merupakan filem dari Dreams Productions dan merupakan produksi pertama oleh pengarah Captain Denil. Sebagai seorang sahabat, dan rakyat Malaysia, saya menyokong aspirasi produksi filem ini sebagai program kesedaran kepada masyarakat.

Saya telah diminta merakamkan ‘movie review’ dan telah memberi pandangan yang jujur. Filem ini memenuhi citarasa penonton, dengan barisan pelakon pelbagai kaum dengan adegan bertutur dalam pelbagai bahasa, setimpak dengan tagline Filem Buatan Malaysia.

Ia bukan berdasarkan kisah sesiapa, tetapi genre filem ini datang tepat pada masa dengan banyak kes ‘scammer’ cinta kebelakangan ini. Ia juga mendapat kerjasama daripada unit jenayah komersil PDRM dengan barisan pelakon dari kalangan anggota polis sendiiri.

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf, terdapat sebanyak 14 kes yang dilaporkan semenjak 1 April 2024.

Filem OPPA dibuat dengan ton yang serius. Saya berpendapat, ibu bapa patut membawa anak remaja mereka untuk menonton filem ini. Satu percubaan yang baik oleh pengarah baru. Saya percaya, ia akan mencapai kejayaan yang baik.

OPPA akan ditayangkan di semua pawagam mulai 9 Mei 2024. Mari banteras ‘scammer’ bersama!

Leave a Reply