Tebing longkang yang retak di Jalan Taman Melati 7

Kami menerima aduan berkenaan tebing longkang yang runtuh di Jalan Taman Melati 7, Taman Melati, Setapak.

Saya membuat lawatan susulan dengan kes ini sejak 12 Disember dengan DBKL JKAWS. Saya khuathir hujan lebat mungkin menyebabkan tebing runtuh sepenuhnya.

Pada pagi semalam, saya dimaklumkan oleh pemilik rumah yang kontraktor DBKL telah memulakan kerja pembaikpulihan. Kerja ini dijangka akan siap dalam masa 2 minggu.