Terima Kasih. Kami sudah Menang

PEMILIHAN KEADILAN telah berakhir (kecuali beberapa lagi cabang pada akhir minggu ini).

Seramai 717 telah mengundi di Wangsa Maju; secara fizikal pada 15 Mei 2022 dan secara atas talian dari 18-20 Mei 2022. Keputusan rasmi akan keluar pada 29 Mei 2022.

Saya bersama pasukan #YakiniRakyat Wangsa Maju merakamkan ribuan terima kasih kepada semua ahli yang telah mengundi kami. Begitu juga kepada kesemua calon dan jentera pemilihan yang bertungkus lumus dalam tempoh sebulan berkempen.

Kami memahami, tidak mudah untuk anda tampil kehadapan untuk mengambil bahagian dalam pemilihan dalam suhu politik yang tidak menentu ini. Namun, kehadiran anda menunjukkan masih ada lagi yang percaya visi reformasi #YakiniRakyat dan KEADILAN.

PRU15 akan datang tidak lama lagi. Kami menganggap pemilihan ini sebagai raptai untuk pentas PRU 15 kelak. Yang beza ketara adalah, PRU kami terpaksa bergantung dengan iltiziam kuat dan rekod yang baik untuk mengharungi ‘battle of the century’ ini.

Saya bersama barisan Calon No 1 dan pasukan #YakiniRakyat Wangsa Maju, bertekad untuk terus menjadi no 1. Kami masuk gelanggang sama-sama, kami akan menang sama-sama.

Andre Lai,
Calon No 1 Ketua Cabang Wangsa Maju

#YakiniRakyat
#AyuhMalaysia
#PRU15