Tingkatkan rondaan semasa cuti perayaan

Sebelum mana-mana perayaan besar, saya pasti akan mengunjungi kedua-dua Balai Polis Setapak dan Balai Polis Wangsa Maju. Saya juga berkunjung ke depot peronda IPD Wangsa Maju, bersama ketua unit ASP Fairul. Sebelum ini beliau telah bersama Balai Wangsa Maju selama 6 tahun.

Perbincangan bukan lama. Tumpuan hanta pada isu keselamatan. Saya berbincang dengan mereka OCS Tn Hasbu dan Tn Zulhissam agar dapat dipertingkatkan lagi rondaan kerana cuti perayaan kali ini panjang. Meskipun besok atau lusa Hari Raya, namun ramai warga kota telah kembali ke kampung semenjak Sabtu lepas.

Kawasan seperti Desa Setapak, Taman Melati, Taman Setapak dan Taman Ibukota harus diberi perhatian kerana kes pecah rumah lebih cenderung di kawasan perumahan teres.

Polis dan masyarakat berpisah tiada. Di masa masyarakat sibuk ziarah menziarahi, mereka polis menunaikan tanggungjawab untuk menjaga keamanan. Selamat Hari Raya saya ucapkan dan terima kasih kepada mereka anggota yang bertugas.

Leave a Reply