Tinjauan hotspot kesesakan trafik di jalan utama Setapak

Kami membuat lawatan tapak bersama JPB DBKL dan wakil penduduk di beberapa laluan utama di Wangsa Maju.

Ada beberapa ‘hotspot’ di Jalan Gombak,  Jalan Genting Kelang dan Jalan Danau Saujana yang telah terkenal dengan kesesakan kenderaan.

Untuk Jalan Gombak, jalan berdepan SMKC Chong Hwa menghadapi masalah kesesakan kenderaan di lampu isyarat hadapan projek perumahan yang baru.

Di Jalan Genting Kelang, sering ada keluhan pada lampu isyarat daripada mereka yang dari Jalan Ayer Jerney yang ingin menghala ke Jalan Bunga Kantan. Jarak walaupun hanya 280m, perjalanan hampir mencecah sehingga 45 minit pada waktu ‘rush hour’.

Jalan Danau Saujana, juga terjejas akibat laluan trafik yang tinggi di Jalan Genting Kelang. Jarak hanya 200m, tetapi perjalanan mungkin mengambil masa sehingga 30 minit.

Ada banyak cadangan daripada penduduk; untuk mengalih laluan pusingan u, lampu isyarat, pelebaran bahu jalan atau pembinaan bonggol jalan.

Namun saya berpesan kepada pegawai-pegawao JPB yang hadir agar bermesyuarat secepat mungkin untuk mendapat jalan penyelesaian. Sekiranya boleh mendapat pengisian ‘traffic impact assesment’ dan kerjasama daripada agensi berkaitan, saya percaya kita boleh mendapatkan satu solusi menyeluruh untuk mengurangkan kadar kesesakan kenderaan di ketiga-tiga jalan ini.

Saya akan berhubung dengan pihak jabatan untuk penyelarasan mesyuarat seterusnya.