Tinjauan naiktaraf lorong belakang di Georgetown

Kami dijadualkan untuk melawat kawasan warisan yang telah dinaiktaraf lorong tepi dan belakang jalan. Seperti di Armenian Street, yang agak serupa dengam Lorong Hang Kasturi atau Kwai Chai Hong di Kuala Lumpur dimana projek pengindahan telah dijalankan untuk menarik pelancong.

Laluan di lorong telah dinaiktaraf untuk menjadk laluan basikal. JPIF melalui pengarah jabatan Pn Siti Hanum merupakan unit utama untuk lawatan kali ini, di mana para Ahli Lembaga Penasihat Bandaraya Kuala Lumpur turut dijemput bersama untuk memberi pandangan terhadap perlaksanaan ‘mikro mobility’ di Kuala Lumpur pada masa akan datang.

Terima kasih kepada penjelasan yang jelas daripada Cik Ooi dari pihak MPPP. Saya percaya Kuala Lumpur mempunyai lebih banyak lagi ruang penambahbaikan.

Leave a Reply