Tukang gunting rambut dijangkiti Covid 19 di KL Traders Square

Seramai 40 orang telah dikenalpasti mempunyai ‘close contact’ dengan seorang tukang gunting rambut yang dijangkiti Covid 19 di KL Traders Square.

Hari ini sebuah laporan polis telah dibuat oleh pihak pengurusan berdekatan berkenaan dengan mereka yang tidak mematuhi syarat kuarantin.

2 orang (warga asing) daripada mereka yang sepatutnya berkuarantin sendiri di rumah atas nasihat KKM, telah meninggalkan kediaman mereka.