Turapan jalan akibat korekan utiliti hadapan KWSP Wangsa Melawati

Saya mendapat aduan daripada penduduk di Seksyen 4 dan Wangsa Maju berkenaan dengan turapan jalan yang tidak sempurna di hadapan KWSP Wangsa Melawati.

Pada masa yang sama, aduan telah juga diviralkan ke FB Orang Wangsa Maju. Hujan lebat juga menyukarkan lagi keadaan. https://www.facebook.com/share/p/rgbkUFmFn2a4BFLX/?mibextid=oFDknk

Saya berhubung dengan unit permit JKAWS tingkat 18 dan mendapat jaminan ia akan diselesaikan segera. Ramai turut membuat aduan kepada DBKL.

Kontraktor dari syarikat utiliti hari ini telah memulakan kerja dan dianggar ia akan siap pada petang yang sama.

Projek pemasangan kabel utiliti adalah sepanjang 800m, dari SK Wangsa Jaya sehingga selekoh Masjid Al Muttaqin.

Pihak utiliti berjanji akan menyempurnakan ‘mill & pave’ dalam masa seminggu dua.

Leave a Reply