Turapan Jalan @ Batu 5 Jalan Gombak

Sila ambil perhatian. Turapan jalan sedang dijalankan di Batu 5, Jalan Gombak, hadapan Masjid Zaid bin Haritsah.

Kebelakangan ini, DBKL giat menjalankan penurapan baru di sepanjang Jalan Gombak dari Batu 3 1/2, Madrasah Tarbiah sehingga Batu 5, Petronas.

Naiktaraf ini memberi keselesaan kepada penduduk setempat. Hari minggu ini, Jalan Gombak akan menjadi sibuk dengan mereka yang akan ke Pantai Timur sempena cuti panjang Tahun Baru Cina.