Turapan Jalan Bunga Melati akan bermula

Penduduk di Jalan Bunga Melati, Taman P Ramlee telah lama merana kerana keadaan jalan yang amat teruk. Sekurang-kurangnya tiada turapan selama 40 tahun.

Pembinaan lebuhraya DUKE 10 tahun lalu pula telah menutup kawasan sini daripada pandangan mata, menyebabkan jalan ini sering tertinggal setiap kali turapan dibuat di kawasan sekitar.

Tidak banyak rumah di sini, mungkin hanta 15 buah rumah ala ‘townhouse’, namun setiap pembayar cukai taksiran wajar mendapat khidmat yang setimpal dari DBKL.

Saya mempelawa Tn Asham, Timbalan Pengaran JKAWS DBKL untuk lawatan tapak dan membuat keputusan serta merta. Saya biasa buat lawatan tanpa iringan besar penduduk kerana saya inginkan diskusi yang berfokus. Berita baik buat penduduk di sini, turapan penuh jalan akan dibuat dalam masa 2 minggu.

Leave a Reply