Turapan Jalan di Tapak Pasar Lama Teratai Mewah

Lengkok Jalan Langkawi di sebelah tapak pasar lama sering mendap dan berlubang.

Kesesakan lalulintas sering berlaku di sini apabila kenderaan berjalan perlahan apabila melalui lubang jalan yang besar ini.

Aduan disusul kepada DBKL minggu lepas dan pagi tadi, JKAWS telah menyempurnakan turapan di sini.