Ulangtahun KEADILAN ke 25

Sambutan Ulangtahun KEADILAN ke 25 di Sentul Depot. Program sebegini kami akan sering berjumpa dengan kawan parti lama. M

Bukan sekadar mengambil gambar atau bertanya khabar tetapi untuk mendapatkan jaringan rakan seperjuangan untuk masa hadapan parti.

Suasana amat ceria, kerana HARAPAN telah memenangi kerusi di PRK Kuala Kubu Bharu. Kemenangan dengan majoriti melebihi 3,800 undi merupakan satu referendum terhadap kejayaan kerajaan perpaduan Malaysia Madani.

Di samping itu, persembahan daripada penyanyi tersohor Zainal Abidin menghiburkan semua pengunjung. PMX turut berada di dewan dari awal sampai akhir persembahan.

Satu malam yang penuh tenaga. Semoga KEADILAN boleh melangkah ke 25 tahun seterusnya.

Leave a Reply