Ulangtahun SJKC On Pong ke 111

双11的特别日子,本人受邀参加百年华小,安邦华小111周年校庆晚宴,除了校庆,学校筹募建校基金作为塑胶田径跑道,提升和改善排水系统等。

很高兴看到安邦华小三机构的付出,学生们精彩的表演,气氛融洽,我祝学校校务顺利,晚宴圆满成功!

SJKC On Pong mengadakan majlis amal pada 11 November, untuk menyambut ulang tahun ke 111. Meskipun bukan almameter saya, adik beradik serta anak saudara saya belajar di sini.

Ramai pemimpin turut hadir, YB Jia Haur ADUN Teratai sebagai wakil KPM, YB Hee Loy Sian Naib Pengerusi MPN KEADILAN Selangor, YB Rodziah MP Ampang, YB Mohd Kamri Kamaruddin ADUN Bukit Antarabangsa dan YB Altimet ADUN Lembah Jaya.

Bukan mudah untuk sebuah sekolah vernakular yang telah wujud sekian lama, malah ia telah melalui sejarah pembentukan negara dan menjadi saksi perkembangan komuniti Cina di negara ini.

Tahniah sekali lagi kepada SJKC On Pong. Semoga mereka terus berkembang.