Ular ditemui di rumah Hj Ghazali

Terdapat aduan ular masuk ke perkarangan kediaman Hj Ghazali dari rumah sebelah di Taman Ibukota. Pihak kecemasan Bomba cuba membantu namun oleh kerana rumah tidak didiami, mereka tidak dapat masuk membuat tangkapan.

Saya berharap pihak DBKL dapat membantu untuk mengenal pasti tuan rumah dan menjalankan tindakan secepat mungkin. Hj Ghazali seorang warga emas, kini berumur hampir 90 tahun amat risau kerana cucunya sering bermain di luar rumah.