Unsur khianat di Taman Medan Idaman

Seorang penduduk En Zainuddin di Taman Medan Idaman terkejut apabila mendapati tayar keretanya ditebuk. Begitu juga En Gulshan Singh di mana bateri basnya dicuri.

Bukan saja 2 kenderaan, tidak kurang daripada 6 biji kenderaan penduduk telah ditebuk tayar dalam insiden pagi Ahad. Perkara sebegini dikatakan sering berlaku di Taman Medan Idaman.

Saya telah memohon pihak polis untuk menyelesaikan isu ini secepat mungkin dan pada masa yang sama tingkatkan keselamatan di dalam kawasan.

Bersama saya di tapak kejadian adalah pengerusi Persatuan Penduduk Taman Medan Idaman En Lee Jii Fung.