Wanita KEADILAN melawat keluarga OKU di Taman Setapak

Setiausaha Persatuan Penduduk Taman Setapak, Pn Gengga menghubungi saya berkenaan dengan sebuah keluarga OKU yang tinggal di La Villas Apartment.

En Supra seorang OKU fizikal dan anaknya Vijaya yang lumpuh seluruh badan terpaksa berdepan dengan pelbagai kekangan hidup.

Pn Anne Raman dan Linda dari KEADILAN Wangsa Maju melawat keluarganya pagi tadi untuk menolong mendapatkan bantuan SMUE, JKM dan E Kasih. Semoga keluarga dapat bertabah dalam cabaran hidup.