Ya, KEADILAN Mampu Menang!

KEADILAN mampu menang Pilihan Raya Umum Ke -15 (PRU-15) sekiranya memanfaatkan peluang daripada skandal penyelewengan dan rasuah yang berlaku di dalam kerajaan BN- PN ketika ini.

Dalam pada tu, KEADILAN perlu memastikan hala tuju yang lebih jelas dan harus datang dengan idea-idea yang mampu menyelesaikan masalah rakyat terutamanya untuk meningkatkan taraf kehidupan dalam mendepani krisis kos sara hidup.

Dasar-dasar yang membantu rakyat seharusnya menjadi keutamaan dari semua pimpinan dan ahli di peringkat akar umbi serta pendirian yang jelas dalam isu-isu berkait rapat dengan masalah rakyat.

Rakyat akan melihat parti mana yang sebenarnya memperjuangkan kehidupan dan keselesaan mereka serta parti mana yang hanya bermain politik dan makan gaji buta tanpa memperbaiki negara.

Sebab itu, kita jangan membiarkan kerajaan yang ada sekarang terus berkuasa dan ia satu malapetaka besar buat negara.

|Admin|